Smkkid

Smkkid

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu (SMKKID) dibuka pada "6 Januari 1997" dan merupakan sekolah menengah yang "kelima" di bandar Bintulu. SMK Kidurong terpaksa beroperasi pada sebelah petang (12.50 p.m. - 6.30 p.m.) sehingga bulan Februari 1998 kerana keseluruhan kelas telah digunakan oleh pelajar Sekolah Menengah Teknik, Bintulu pada sebelah pagi. Pada minggu pertama, SMK Kidurong telah menerima pelajar seramai 254 orang dengan berbekalkan 14 orang tenaga pengajar. Tuan Haji Ali Haji Mudin telah dilantik sebagai Pengetua pertama dan beliau bertanggungjawab merangka dan merancang pembangunan SMK Kidurong. Populasi SMK Kidurong kemudiannya bertambah dari tahun ke tahun apabila menerima pelajar-pelajar dan pengambilan guru-guru baru.

Pada 17 Februari 1998, Upacara Penyerahan Rasmi Projek SMK Kidurong kepada Unit Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Eastbourne Corporation Berhad telah diadakan dan akhirnya SMK Kidurong beroperasi di tapak barunya.

Oleh sebab SMK Kidurong baru sahaja ditubuhkan, bekalan alat kelengkapan dan infrastruktur adalah amat terhad. Namun masalah ini bukanlah halangan besar bagi guru-guru pelopor untuk merancang strategi pembelajaran dan seterusnya membangunkan serta memajukan sekolah ini. Bersesuaian dengan moto sekolah "Maju Terus Maju", SMK Kidurong terus berkembang dan beroperasi secara sistematik dengan sasaran untuk melahirkan seberapa ramai pelajar cemerlang pada tahun-tahun peperiksaan sekolah mahupun awam (Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tertinggi Pelajaran Malaysia).

Lokasi

SMK Kidurong terletak di bahagian "kesembilan" daripada sebelas bahagian di Sarawak iaitu, di Bintulu. Lokasi SMK Kidurong amat strategik iaitu, lebih kurang 14km dari pusat bandar. Selain itu, SMK Kidurong sebenarnya terletak di kawasan perumahan Kidurong iaitu:
* RPR Kidurong (Fasa 1, 2, 3 & 4)
* PETRONAS Housing
* MLNG Housing
* ABF (Asean Bintulu Fertilizer) Housing
* BDA (Bintulu Development Authority) Housing
* SMDS Housing
* SESCO Housing
* Bintulu Port Housing
* Kidurong Height
* Kuarters Pendidikan

Oleh sebab lokasi SMK Kidurong terletak di kawasan perumahan, maka SMK Kidurong bebas daripada kesesakan lalu lintas yang biasanya dialami oleh sekolah-sekolah lain. Selain itu, SMK Kidurong terletak berdekatan dengan:
* Kelab Kidurong Bintulu (KKB)
* Kelab Golf Kidurong
* Taman rekreasi
** Millennium Park 1
** Millennium Park 2 (under construction)
** Taman ASEAN
** Taman Muhibah
** Pusat Rekreasi BDA
** Taman permainan kanak-kanak
** Padang bola sepak
* ABF Beach
* Stesen Minyak PETRONAS Kidurong
* Perpustakkan Awam BDA Kidurong
* Sri Similajau
* Kedai-kedai Kidurong

Pengetua-pengetua

* Haji Ali bin Haji Mudin (1997 - 1999)
* Albariah binti Mustapha (2000)
* Bahtiar bin Afandi (2001 - 2002)
* Rohani binti Daud (2003 - 2005)
* Haji Ali bin Sarbani (2006 - 2007)

Wawasan SMK Kidurong

* Mendokumentasikan wawasan sekolah dengan jelas berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara:
** Bahasa yang mudah difahami
** Boleh dihayati
** Dapat diamalkan
* Kepimpinan sekolah dan guru menetapkan penggubalan wawasan, matlamat, objektif dan sasaran sekolah dengan merujuk kepada isu dan masalah sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
* Sekolah meyebarkan wawasan melalui:
** Mesyuarat guru, staf sokongan serta mesyuarat PIBG
** Pameran di tempat yang strategik
** Edaran dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah
* Sekolah mengadakan Rancangan Kurikulum dan Kokurikulum serta pengurusan sekolah / fizikal yang menyeluruh.
* Sekolah mengadakan Rancangan Tahunan:
** Objektif
** Tarikh pelaksanaan
** Sumber tenaga, kerja dan kos
** Penilaian dan tindakan susulan
* Warga sekolah yakin boleh mencapai kecemerlangan pendidikan yang bersesuaian:
** Boleh dicapai (realistic)
** Boleh diukur
** Sumber yang mencukupi
* Warga sekolah bekerjasama mencapai wawasan, matlamat dan objektif serta sasaran sekolah seperti:
** Terus berusaha mencari / menimba ilmu
** Bekerja lebih masa
** Menjalankan tugas yang diberi
** Bertanggungjawab melaksanakannya sehingga selesai
* Sekolah melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas.
* Sekolah memantau keberkesanan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang dalam "blueprint":
** Berjadual
** Berekod
** Dari semasa ke semasa
** Apabila mendapat maklumat atau maklum balas


Wikimedia Foundation. 2010.

Игры ⚽ Поможем сделать НИР

Look at other dictionaries:

  • List of schools in Malaysia — This is the list of government and private secondary and primary schools in Malaysia, all listed in alphebetical order.Johor Kedah Kelantan * Chinese Independent High School ** Chung Hwa Independent High School 吉兰丹中华独立中学 * Maktab Rendah Sains… …   Wikipedia

Share the article and excerpts

Direct link
Do a right-click on the link above
and select “Copy Link”